cahaya fitrah cahaya fitrah: Shah Alam Yang Kaya

Thursday, May 10, 2012

Shah Alam Yang Kaya

assalamualaikum.

ada pengalaman drive tak? pernah pergi mana paling jauh? ada cabaran tak? tapi apa kena mengena dengan tajuk di atas? shah alam kaya apa??pelik..

jangan pelik..jangan gabra..relexx.. saja aku tanya, sebab aku tak la expert langsung memandu kereta. bawak pun ikut sesuka hati aku je, macam apek tengah mabuk. tu yang aku boleh katakan. betapa teruk nya kan. ini first time abah aku kasi bawak tanpa dia disisi tempat duduk sebelah pemandu. huh.. macam tak percaya juga, tapi sampai bila aku nak harapkan abah aku je yang hantar aku ke sana ke sini. dia pun da beri kepercayaan dekat aku. aku buat-buat la berani sikit. tak kan nak simpan lesen tuh dalam purse je kan. sampai bila -bila pun aku tak bawak kereta tu nanti.

berketar-ketar lutut aku, bila kereta tu da masuk gear. alamaaakkk..ceh macam baru nak belajar pandu kereta je..hehe oke bismilahirrahmanirrahim., jalan da..cuba jugak bawak pusing-pusing shah alam ni walaupun kaki ni da tiba-tiba jadi macam orang sakit pakinson. haha tak tau kenapa nervous sangat ni.

aku memang bangga jadi penduduk shah alam ni, memang sukaaa sangat, shah alam kan kaya! kaya dengan roundabout. saja buat aku tersangkut dekat situ. aku ni macam tikus nak menempuh gajah, rasa diri kecil sangat. dalam hati berkata "boleh ke aku lepas setiap liku-liku roundabout ni." erm tiba-tiba "cool fitrah,cool cool... jangan panik! kawan aku teriak. tapi kenapa? aku nak bersalin ke?? haha tak la kereta ni termati pulak dekat situ. aiyoo.. baby suda cuak ni, apa mau buat....releks start enjin, buat macam biasa je. kahkah. tak malu pun, tapi aku takut orang belakang marah tu je. thanks juga kepada pemandu-pemandu yang pernah duduk di belakang kereta ku. anda memang baik hati, sedikit pun anda tidak pernah menghon kan kepada kereta comelku ini.

aku memang pemandu yang sedikit berhemah tapi banyak huru hara. aku salute dekat diri aku. haha susah hati siapa yang pernah naik dengan aku. boleh kena heart attack secara mengejut uh kalau naik dengan aku. hihi maap-maap. tapi aku dapat jugak pengalaman bawak kereta. kalau dulu tu nak park kereta dalam rumah pun punya lah susah bagi aku kalau tak percaya cuba tanya tong sampah dekat luar rumah aku tu,, nama die pak tam. pak tam ni saksi aku sebab aku selalu langgar die time nak parking kereta masuk dalam. haha. tapi sekarang alhamdulillah. aku belajar sikit-sikit. tak salah kan..so tak de la orang cakap yang lesen tu cuma sekadar lesen je. bawaknye tak reti kan.oke itu saja la kot nk cecite pengalaman. tak de apa pun.

p/s : jujur tak berani bawak awak! saya tak nak mencederakan orang yang tersayang. biarlah saya saja yang menanggung apa-apa yang berlaku . janji bukan awak yang terkena.ok yang tengah drive tu hati-hati dijalan raya. ikhlas dariku fitrah jamil. :) peace
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥