cahaya fitrah cahaya fitrah: Rambut Cepat Panjang

Wednesday, May 02, 2012

Rambut Cepat Panjang

inginkan rambut sihat dan cepat panjang?

1. sekiranya rambut rosak atau hujungnya bercabang, segeralah merapikan bahagian yang bercabang itu dengan memotongnya kerana ini merupakan langkah awal.

2. jangan bersyampu setiap hari kerana syampu boleh mengurangkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh rambut dan ia sangat berguna untuk zat rambut. sekiranya kamu tidak selesa kerana rambut mudah berbau, gunakan sedikit perapi agar rambut kembali wangi.

3. gunakan produk-produk penataan rambut sedikit mungkin. misalnya gel, volumizer, serum, semburan rambut dan sebagainya. penggunaan produk yang terlalu kerap boleh membuatkan rambut keras seperti dawai kasar..hehe.

4. minimumkan penggunaan peralatan yang panas seperti pengering rambut, pengeriting rambut dan pelurus rambut.

5. gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam. lakukan gerakan memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 minit. setelah itu, sikat rambut secara perlahan dari pangkal rambut sehingga ke hujung. cara ini akan menyebarkan minyak semula jadi pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke hujungnya.

selamat mencuba. (*__*)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥