cahaya fitrah cahaya fitrah: Makanan Agar Kulit Mulus

Monday, May 21, 2012

Makanan Agar Kulit Mulus

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
 Epal
antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.
                                                        mulus


Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

 Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥