cahaya fitrah cahaya fitrah: Awas! Tolong Kawal Emosi Kamu

Monday, May 21, 2012

Awas! Tolong Kawal Emosi Kamu

kawal emosi


                                                                                                   







“Awak ni kenapa? Mesej tak! saya tunggu lama tau. Awak ingat saya tunggul ke apa? Bosanlah! Kalau awak rasa saya dah tak penting tak payah couple, senang!” Oh tidak, bom atom sudah meletup. Tiba-tiba rasa seperti ingin angkat kaki dan lari ketika itu. apa yang harus kita lakukan?

Semuanya bagaikan tidak kena. Ada ketikanya oke dan ada ketikanya pula macam ribut taufan saja hubungan. dia sendiri pun tak faham dengan emosi kamu. Mana mungkin perhubungan korang akan kekal selamanya jika sering bermasam muka. Suami isteri pun boleh bergaduh, inikan pula korang yang masih berkasih-kasihan. Nak tak nak korang perlu mengendalikan hubungan itu sebaik mungkin. Apa pun jangan terlalu mengikut emosi. Mungkin dia sibuk atau sebaliknya,fikir jela yang positif. Kalau boleh bertanya kepadanya secara elok. Untuk apa membiarkan emosi mengawal diri. Takut lama-lama boleh menjadi barah pula.

Kepercayaan
kena ingat, kalau rasa percaya dalam diri kamu itu agak goyah pasti perhubungan kamu tidak akan kekal lama. Kenapa? yela kalau tidak mempercayai dirinya dan selalu beranggapan dia ada orang lain, kalau dia tidak mesej,dah menganggap dia buat bukan-bukan. Aduh! lama kelamaan boleh sakit jiwa dibuatnya. Tolong letakkan sedikit kepercayaan dalam diri. InsyaAllah ia boleh dan mampu mengelakkan diri kamu daripada dibelenggu dengan perasaan yang tidak enak. Belajar-belajarlah menjaga hati dan perasaan orang lain.

Senyum
Resipi untuk mengelak diri daripada rasa marah, hanya perlu senyum je! Jangan memaksa diri dan membiarkan emosi merasuk diri. Walau marah macam mana sekalipun, cubala menghadapinya dengan tenang. Untuk apa  marah marah kerana buang masa je, malah boleh menimbulkan rasa sakit hati. Kalau bergaduh pun, kenalah cuba menyelesaikannya dengan baik. Harus diingatkan, dengan cara marah itu masalah tidak akan selesai juga. Sebaliknya perasaan berapi-api pula yang akan timbul. Jadi pandai-pandai la mengawal emosi. Sekiranya dua-dua panas baran, alamatnya memang meletuplah. bertolak ansur itu adalah lebih baik.

Ikhlaskan Hati
setiap kali berlakunya pergaduhan mesti sukar untuk menerima teguran bukan? seboleh-bolehnya macam mahu menegakkan benang yang basah. Kamu tidak mahu diri kamu seorang sahaja yang dipersalahkan. Adoi, pening kepala nak melayan perangai kamu. Bayangkanlah apabila dia cakap A dan kamu pula cakap B? Kenapa mesti begitu? so, kena lah belajar untuk mengikhlaskan hati dan menerima setiap teguran daripada walaupun kamu berkecil hati. Setiap tegurannya itu pasti berasas. dia tidak akan sesekali menegur tanpa sebab.

 p/s: in Our Relationship Like Tom & Jerry No Matter How Many Times We Fight , We Won't Be Apart ILYSM ♥
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥