cahaya fitrah cahaya fitrah: Apa Salahnya Buat Kerja Di Saat Akhir?

Thursday, May 03, 2012

Apa Salahnya Buat Kerja Di Saat Akhir?




"tidak tahu mengapa, memang menjadi tabiat aku suka melakukan kerja last minute. walaupun aku tahu tekanannya tinggi dan mengganggu produktiviti, tetapi apakan daya, susah benar hendak berubah. bermacam- macam cara aku sudah dicuba untuk mengubah tabiat ini, aishhh.. namun aku masih gagal. tetapi kerja aku siap jua," Miss Last Minute. huuu..

kamu bagaimana? dah berjaya mengubah tabiat suka menangguhkan kerja? memang susah bukan apabila ia sudah menjadi kebiasaan dalam diri kita. suka bertangguh tugasan sehingga saat-saat akhir boleh menjadi masalah besar dalam kerjaya nanti. kenapa la aku suka dengan tabiat ini kan? hee

agak-agaknya first of course la rasa malas yang melanda diri. disebabkan terlalu penat dan malas automatik diri kita ini akan abaikan segala kerja. kalau buat pun nak tak nak je kan. langsung tidak bersemangat dan berasa lemah.

stres pun salah satu punca juga kowt, mana tidaknya kalau asyik tertekan atau risau pastu fikir benda lain  memang tak boleh buat satu kerja pun la. sepatutnya, fikir pasal kerja yang nak dibuat tu kan. dah bertangguh lagi kerja tersebut.. so, kena pandai-pandai kawal la kalau mengalami tekanan jiwa.. hee

kekadang pun sebab terlalu banyak assignment dan tidak tahu nak buat yang mana satu dulu. kejap nak buat yang ni, kejap nak buat yang tu, so last-last apa pun tak siap. mana mampu kalau tugas kumpulan tapi yang buatnya individu kan.. ditambah pula kerja-kerja sampingan yang diberi dengan banyak,tak mampu ku lakukan dengan sekelip mata.  kalau asik bertangguh jew,, alamaknya tunggang langganglah hidup jadinya.

lepas ni,, mulakan dengan yang lebih baik dari hari-hari sebelum ni. hope tak jadi masalah untuk aku. =)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥