cahaya fitrah cahaya fitrah: May 2012

Thursday, May 31, 2012

Exclusive Giveaway!!..Kain Pasang Raya 2012..


klik sini
Jom ramai2 memeriahkan GA nie. Hadiahnya sepasang kain jenis Viscose Cotton (4 meter) + satu hadiah misteri. hanya 3 pemenang bertuah sahaja akan dipilih.

nama bertuah telah di tag





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

eye test


test mata-test mata cepat. haha. nampak tak?  yes i love you more today than i did yesterday. actually da rindu die sgt-sgt. owh sungguh gedik betul ari ini. do i care.! haha sori la sebab da lama tak jumpa buah aty kite, mcg pun da jarang. that y la buat entry ni. sapa tak rindu kan. sob sob T_T . 



p/s: jgn lupe bebe taw! love u so much

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, May 30, 2012

brooch comel sudah sampai

ping ping. posmen datang la. ahaa mmg excited aku check mail box. almaklumlah jarang sekali posmen singgah.  mana la tau dapat surat cinta dari die ke. haha yeke dpt? owh nama aku, rase da bole agak da ni rahsia apa dalam ni. nak tau ap tak? 


haa brooch kecil comel. thanks kak Fieda Rafli. hari tu aku sje je main teka teki hadiah anniversarry kak fieda. 2 kali cube kowt, first aku jawab tudung, yg betul nye telekung la. random2 nama aku naik la, hehe tak sangka sebananye. so sekarang da dapat da brooch comel ni. blink blink mase tangkap gambar brooch ni. hee :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 29, 2012

The Pencil and Eraser..

PENCIL
    I’m sorry
 
ERASER
    For what? You didn’t do anything wrong.
 
PENCIL
    I’m sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you’re always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
 
ERASER
    That’s true. But I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I’ll be gone and you’ll replace me with a new one, I’m actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.
 
 
I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They’re always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.
 
All my life, I’ve been the pencil. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I will be left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.
 
Once a person asked the Prophet:
 
“Who deserves the best care from Me?”
 
The Prophet replied:
 
“Your Mother, Your Mother, Your Mother, and then your Father..”
 
(Al-Bukhari and Muslim)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, May 28, 2012

Segmen:Misi Mencari Bloglist Jun


klik sini
blogger inspirasi :  izara love





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

segmen-saya nak doodle comel

segmen-saya nak doodle comel

klik banner


Nama : Fitrah
Warna : pink



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 27, 2012

Tudung Murah Collections GIVEAWAY

Tudung Murah Collections GIVEAWAY


klik banner ni.
berminat? jom la join GA ni. 
 3 orang budak comel telah di tag

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kenduri

oke da lama tak update kan blog ni. sorry semuanya, yang mencari-cari diriku. aceceh. semalam ada kenduri sikit dekat rumah mak su aku, penat tak hilang lagi. macam aku pulak yang over buat kerja memasak kan. hehe. tak lah, aku sibuk nengok je makcik-makcik tu buat kerja. malasnye anak dara ni. opss. start kenduri nye macam biasa lah, lepas isyak. so aku tolong prepared je la apa yang patut. alaa sori la tak de gegambar. 

*agak bz, tak dapat nk BW aritu. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, May 24, 2012

bermula dari bawah

assalamualaikum.

pagi yang indah, dan lebih bersinar dari semalam. cuaca kat shah alam tak menentu je. kadang hujan, lebatnya macam nak terbang atap dapur rumah aku weii. kadang panas terik berbahang-bahang dok dalam bilik, sama seperti buat sauna treatment. huhu bukan mengeluh.


eyahh apa nak cite ye, tengok gambar pun da tau mksud trsirat bukan. normal la tu. semua orang bermula dari bawah, tak de nye tiba-tiba boleh jadi king.

susah tu jangan point nom 1 la, ikut cara trsendiri, usaha lbh pasti boleh. amacam. baru lah boleh dapat award. hee :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, May 23, 2012

dicium lipas

arghhh bengang aku dgn cik Lipas ni.

bapak aku tgh memasak, penuh my cit cat meoww mengerumi dapur tu. sebok nak nolong jugak la tu. aku tak peduli pun dengan semua eoww-eoww aku tu, terus bukak pintu blik air. dengan dapat surprise nye, ada benda dari ats jatuh dkt aku. "eah btol ke, ke mimpi lagi ni.?" cuak gak time tu, aku pegang-pegang la kat rambut, belek belek sikit, nampak benda, warna pekat semacam je hitamnye menepek kat baju aku. menjerit la aku, semua kucing-kucing aku lari. aku cepat-cepat la tepis, errr geli aku, memang fobia la dgn cik lipas. tutup la entry ni, nk cerite pun mmg menggelikan jew. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

WORDLESS > kucing comel










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 22, 2012

segmen review blog by hudahud

assalamualaikum.
wah segmen lagi. kali ni lagi menarik
segmen review blog by hudahud

jom klik. cursor alihkan ke sini.
JOM  ramai - ramai meriahkan lagi segmen ini... ^_^
Due date : 28/5/2012 - 11.00 PM

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

comel tak?

ni kucing kita,, comel tak. 
hehe die ni ada 3 beradik. 
yang lain-lain uh semuanye boleh 
dipanggil pak tam n mak tam. 
cuma yang ni je yang lain. 
suggest la untuk nama kucing tenet ni. hehe :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

senyum


Tidak ada yang serba sempurna,
Tidak ada pula yang serba perkasa,
Semua ada cacat & kelemahannya..

Orang menilai dari apa yang mereka lihat, bukan dari apa yang mereka ketahui.
jika air mata adalah beban,
maka SENYUM adalah penawarnya... :)

Kesabaran itu memang pahit,
tapi pasti akan berbuah manis..
Percayalah dengan 1 senyuman,
akan menghilangkan 1000 kerisauan..

p/s: INSYAALLAH Perbaiki diri.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bulan Rejab


‎22.05.2012 . Bulan rejab..

 Siapa yang berpuasa 2 hari diawal bulan rejab seakan mereka beribadah selama 2 tahun..

 Serta barang siapa mengingati kepada orang lain tentang ini seakan ibadah 80 tahun .. 

Selamat beramal (•⌣• )


p/s: jom puasa :) tingkatkan iman, jauhkan perkara lagha-lagha!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

cuti nak habis daa..

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

nak start dari mana eah. oke lah, sekarang da hujung bulan. cuti sem pun da hampir nak habis da, alaaa. biasa la tu semua students suka cuti-cuti ni. maklumlah jadi bossh dekat rumah iyer tak.? apa agak nye perkembangan terbaru dekat kolej aku tu ye. khabar angin yang mak jemah cite-cite dah ada course baru. course hot? hot ke bagi aku? betol ke tak, kite tengok je la naik sem ni.


wishlist aku kan hostel aku tu berubah la banyak-banyak cikit. hee mungkin jadi macam ni kew..
baru syiiookkk, hehe angan-angan sampai ke bintang yea aku ni. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, May 21, 2012

BW sambil + follower bersama Myza

assalamualaikum.
SEGMEN 1 : Blogwalking sambil tambah follower bersama Myza

kasi klik banyak-banyak yea
 segmen menarik taw, 
jom kita follow die, 
so korang juga boleh berkenalan satu sama lain. 

nama saya fitrah 
masih study di Unikop :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Hadiah Murah Mahal?


ht

Hadiah merupakan simbolik yang menggantikan perasaan cinta atau sayang seseorang itu kepada kekasih atau sesiapa sahaja yang disayangi. Hadiah itu tidak semestinya bernilai ratusan ringgit tetapi pada aku bukan harga hadiah itu yang penting tetapi keikhlasan pemberi itu yang membuatkannya lebih bermakna. cukup terharu sekiranya mendapat hadiah yang aku ketahui tidak tinggi daripada segi nilai tetapi tahu benar akan keikhlasan yang dihulurkan. yang penting. hadiah murah ke mahal ke, itu bergantung pada individu tersebut lah nak bagi apa sahaja. 

p/s: tiap tahun awok nak bagi saya jam pun tak pe, saya mmg suka jam! hee

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Awas! Tolong Kawal Emosi Kamu

kawal emosi


                                                                                                   







“Awak ni kenapa? Mesej tak! saya tunggu lama tau. Awak ingat saya tunggul ke apa? Bosanlah! Kalau awak rasa saya dah tak penting tak payah couple, senang!” Oh tidak, bom atom sudah meletup. Tiba-tiba rasa seperti ingin angkat kaki dan lari ketika itu. apa yang harus kita lakukan?

Semuanya bagaikan tidak kena. Ada ketikanya oke dan ada ketikanya pula macam ribut taufan saja hubungan. dia sendiri pun tak faham dengan emosi kamu. Mana mungkin perhubungan korang akan kekal selamanya jika sering bermasam muka. Suami isteri pun boleh bergaduh, inikan pula korang yang masih berkasih-kasihan. Nak tak nak korang perlu mengendalikan hubungan itu sebaik mungkin. Apa pun jangan terlalu mengikut emosi. Mungkin dia sibuk atau sebaliknya,fikir jela yang positif. Kalau boleh bertanya kepadanya secara elok. Untuk apa membiarkan emosi mengawal diri. Takut lama-lama boleh menjadi barah pula.

Kepercayaan
kena ingat, kalau rasa percaya dalam diri kamu itu agak goyah pasti perhubungan kamu tidak akan kekal lama. Kenapa? yela kalau tidak mempercayai dirinya dan selalu beranggapan dia ada orang lain, kalau dia tidak mesej,dah menganggap dia buat bukan-bukan. Aduh! lama kelamaan boleh sakit jiwa dibuatnya. Tolong letakkan sedikit kepercayaan dalam diri. InsyaAllah ia boleh dan mampu mengelakkan diri kamu daripada dibelenggu dengan perasaan yang tidak enak. Belajar-belajarlah menjaga hati dan perasaan orang lain.

Senyum
Resipi untuk mengelak diri daripada rasa marah, hanya perlu senyum je! Jangan memaksa diri dan membiarkan emosi merasuk diri. Walau marah macam mana sekalipun, cubala menghadapinya dengan tenang. Untuk apa  marah marah kerana buang masa je, malah boleh menimbulkan rasa sakit hati. Kalau bergaduh pun, kenalah cuba menyelesaikannya dengan baik. Harus diingatkan, dengan cara marah itu masalah tidak akan selesai juga. Sebaliknya perasaan berapi-api pula yang akan timbul. Jadi pandai-pandai la mengawal emosi. Sekiranya dua-dua panas baran, alamatnya memang meletuplah. bertolak ansur itu adalah lebih baik.

Ikhlaskan Hati
setiap kali berlakunya pergaduhan mesti sukar untuk menerima teguran bukan? seboleh-bolehnya macam mahu menegakkan benang yang basah. Kamu tidak mahu diri kamu seorang sahaja yang dipersalahkan. Adoi, pening kepala nak melayan perangai kamu. Bayangkanlah apabila dia cakap A dan kamu pula cakap B? Kenapa mesti begitu? so, kena lah belajar untuk mengikhlaskan hati dan menerima setiap teguran daripada walaupun kamu berkecil hati. Setiap tegurannya itu pasti berasas. dia tidak akan sesekali menegur tanpa sebab.

 p/s: in Our Relationship Like Tom & Jerry No Matter How Many Times We Fight , We Won't Be Apart ILYSM ♥
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Makanan Agar Kulit Mulus

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
 Epal
antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.
                                                        mulus


Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

 Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 19, 2012

Femag

femag apa tu. korang pernah dengar majalah online tak? selalunya kalau nak baca majalah kena belikan, tak pun certain-certain majalah lain just review sikit jew. kedekut. hee tapi femag lain tau, ni majalah wanita dan remaja online percuma tau. tak payah nak langgan atau apa. serius.



untuk membaca korang cuma perlu ke WuuHuuOnline.Com
korang jugak boleh pilih nak baca wuhuu komik ataupun Femag majalah.


menarik taw, so korang boleh baca free. save sikit duit tu. majalah ni pun setanding dengan majalah-majalah lain. selamat berhibur. :)

thanks info dari Kind Of Soul.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Insomnia

 petikan dari wikipedia:
 Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafein, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya. 
 MUNGKIN! aku pun tak tahu kenapa aku susah nak tidur. dulu biasa la jadi macam ni, tu pun sebab da terbiasa, gara-gara nak study. officially, kalau dulu nak study malam-malam aku akan tidur petang. that why la malam aku aktif sikit like owl. hee. (O_O) mata besar je,sibuk mengacau orang. tapi sekarang aku jarang tidur petang, tapi mata aku ni da lebih supersonic tahannya.  punca insomnia tak de langsung kowt dekat aku, kafein .. memang tak la aku minum. ermm jangan la jadi macam ni terus, susah aku bile da naik study balik. pagi-pagi jew akan jadi ni haaa kat kelas....
                                       
                                       
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, May 18, 2012

Panas Yang Terik



goreng pisang,
selamat petang.


panas terik betul petang ni, dari tadi pusing kanan, pusing kiri tak boleh nak lelapkan mata walaupun memang sedia mengantuk.dah lesu da, tak larat da ni. jalan pun terhuyung-hayang. air dah bergeleng-geleng tong da aku minum. bibir tetap macam tu, kering semacam je. kalau dapat cendol ni sodap aih.. tapi mana pulak aku nak pi cari. susah nak dapat dekat sini.erkk tak larat nak tulis, penat sangat da ni. nak mimpi cendol dengan ais krim la. =D



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, May 17, 2012

Jenjalan

waa penat nye hari ini. dapat urut kaki sedap ni. tapi tak pe, tetap puas dapat jenjalan dengan my lovely. lepas juga rindu aku, sebab dah lama tak jumpa si dia. 

aku pegi sini tadi.
   
alas perut, sebelum tawaf beribu-ribu kali kat sana.ermmm sedap nye,, 
macam biasa, kalau keluar je perkara harus nye mesti tengok wayang. tapi kalau ajak main ni
↓ ↓ 
haha ada je la alasan nye. apa pun tak boleh. lawak juga cerita ngongkrong. tak da unsur seram pun, semua lawak -lawak je. memang sesuai untuk orang yang mengalami stress. hee. tapi nak lagi berkesan hilangkan stress jop main ni.
alaa,, ni mainan yang pakai token tu. syok taw. sesekali jadi bebudak apa salah. 
eah bukan yang ni. lagi up sikit permainan nye. ni da tahap kritikal kalau aku yang main. best jugak ajak die main benda benda kekanak ni. haha yang tak syok nye, tak berapa nak lucky sangat sebab tak berjaya dapatkan bear. puas kite orang cuba. tak pa la. balik tadi pun die ngantuk je. risau den :( oke la da penat ni tak larat nak tulis lagi. sorry,nite2.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei

       

SELAMAT HARI GURU

hari ni kan. lupa kew? apa la, tanpa mereka, aku tak kenal apa itu ABC, 123, campur darab bahagi tolak. arigato kepada semua cikgu aku, dari tadika, sekolah rendah, sekolah agama , sekolah menengah sehinggalah sekarang. semua la yang telah mengajar aku, tak kira cikgu ganti relief ke, even sekejap pun masuk kelas aku, aku tetap ucapkan terima kasih. and tak lupa juga cilgu yang paling terpinggir di malaysia iaitu cikgu kelas memandu. hehe. memang jarang sekali aku dengar. kalau tak kerana mereka yang ajar aku, aku tak la jadi who i'am today. pokok pangkalnya semua usaha yang cikgu beri ikhlas. tu la datang nye keberkatan belajar. thanks cikgu-cikgu semua.

thanks for all.

  happy teacher's day

you guided me
when i was lost
you supported me
when i was weak
you have enlightened me all through




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 15, 2012

pening ke?

assalamualaikum. =]

sekarang ni sibuk budak-budak lepasan SPM mengatur langkah masing-masing. kekadang tu memang pening la dibuatnya. dengan kakak and abang-abang die sekali turut pening. hehe. sebelum tu yang dah semak result UPU tu and berjaya, tahniah la diucapkan. yang tak bernasib baik, anggap la bukan rezeki korang di situ, tapi jangan la berputus asa. kalau nak kan sesuatu genggam la sampai boleh.

pelajaran tu penting. walaupun tak dapat universiti-universiti yang gah sekali pun, tak heran laa.. berlambak lagi tempat korang boleh menuntut ilmu. sama je taraf nye,  tak da beza pun U ke atau kolej. belajar benda yang sama je. bukan nama U yang kita megahkan tapi kualiti diri sendiri. semuanya dari kita. tak kesah kita belajar mana, asalkan course yang kita ambil tu memang minat kita.

jangan main ambik jew course yang tak minat,, ouhh bangga ni dapat IPTA course nono ..logi logi laah haha sebut pun berbelit-belit, diri sendiri pun tak tau. bantai,, janji dapat IPTA. gelojoh sangat. kalau jenis yang boleh catch up tak pe la. ni yg lem- lem ni haaa sudah kne repeat paper. tapi yang masuk kolej pulak, jangan ikut senang je, mentang-mentang kena tanggung dengan parents, fikir la tujuan kita apa kat situ. so kita la yang menentukan masa depan kita sendiri. yang kakak dan abang ni just bagi sokongan and pendapat sikit-sikit je la.

"awa, pilih la, mana-mana yang awa minat. ikut yang mana terbaik. ni masa depan awa. kalau nak masuk form 6 kena la hard sikit study tu,, hehe. kalau nak ikut akak pun tak pe, " =] so pikir pikir kan la wahai adik ku.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kenapa DP FB Berwarna Coklat dan Bertutup Mata?

"My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli Prison Service. The purpose of changing this DP is to spread the awareness about our brothers and sisters' struggles being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.

Changing the DP cannot help them all at once but rather to get people to notice what is happening in Palestine currently so that all muslims can make du'a for them. And, that will change something.

Do you know about this before? Well, now you know, and the change of my DP is a success."

DP facebook
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ramai yang tukar DP kat Facebook kepada DP berpakaian coklat dan bertutup mata. Ada jugak yang tertanya-tanya, adakah DP bertutup mata menjadi trend sekarang ni? Maka, atas tu saya copy paste dari Facebook jugak, da ramai yang share. Alhamdulillah, da ramai yang sedar dan tahu tentang benda ni.


Hari ni, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Sama-sama kita doakan saudara-saudara kita kat Palestin. Apa yang kita buat ni walaupun sedikit, moga Allah kira sebagai sumbangan untuk pembebasan Palestin. Insya'Allah.

Sumber :  Sunah Suka Sakura .

#Entry ni dicopy 100% dari sana :) sebagai perkongsian.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 13, 2012

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM

  

wow gah nya nama tempat itu.! tempat ap itu., mesti korang tahu kan, wajar ke tak wajar ke korang mesti ambil tahu as a student uitm.  hari ni aku rasa teruja sikit sebab cousin aku convo dekat sini la tempatnya.. haha bukan aku nak cite pasal die pun, aku nak cite pasal aku. apa pun congratulation ye, aku bila lagi.,bila la nak dapat naik pentas kan.. bila la aku nak graduate kan..hurmm lama ke lagi? haha teringin sebenarnya..alaa fitrah lagi berapa sem je lagi.. so, kena la study betul-betul.. dapatkan pointer macam sem lepas..
"Success doesn't come to you?you go to it"

kita yang cari kejayaan tersebut, bukan kejayaan yang datang dekat kita dengan sendirinya kalau kita mahu berjaya. .
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, May 11, 2012

КaωaΝ

Kata mak ,
К∂ω∂Ν tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata abah,
К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit..
kata atuk,
К∂ω∂Ν tu seperti air,
terus mengalir..
kata nenek,
К∂ω∂Ν tu bak bulan,
dipuja & disanjung tp nun jauh di sana..
kate sedare,
К∂ω∂Ν tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
К∂ω∂Ν tu seperti lembu,
mengikut saje ape dikata..
kata kakak,
К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan..
kata adik,
К∂ω∂Ν tu macam biskut,
sekejap ade sekejap ✗de..
kata aku,
К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia ibarat lebah, umpama bunga ros. seperti air, bak bulan. seperti lembu. tak ubah macam durian dan macam biskut...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

MAKSUD SEBENAR I’M AN OPEN RELATIONSHIP

Menurut pemerhatian, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia:

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

Yang bermaksud:

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun.

Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini. Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Semua Dia

Dia baik, saya tidak.
Dia alim, saya tidak.
Dia hebat, saya tidak.
Dia cantik, saya tidak.
Dia menawan, saya tidak.
Dia menarik, saya tidak.
Dia tumpuan, saya tidak.
Dia rebutan, saya tidak.
Dia solehah, saya tidak.
Dia semuanya, saya pastinya tidak.

JANGAN jangan!
jangan kita menilai dia dan kita..
Yang menilai bukanlah kita selayaknya tapi, hanya Allah yang BERHAK..
kita hanya mampu doa, usaha, tawakkal..

ingat,
kita bukan dalam PERSAINGAN mencari mana yang baik, dan MENGHUKUM kita yang tak baik..
kita hidup di dunia, untuk saling melengkapi. Saling memberi apabila mampu, dan berkongsi selagi terdaya.

Duhai hati, jangan MENINGGI DIRI dan jangan terlalu MERENDAH DIRI. Ingat, Allah saja yang layak untuk menilai dan kita tidak punya skala sempurna untuk menilai.. Allahurabbi…

PENILAIAN Allah adalah yang TERBAIK..
Jadilah yg terbaik pada PANDANGANNYA..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, May 10, 2012

Shah Alam Yang Kaya

assalamualaikum.

ada pengalaman drive tak? pernah pergi mana paling jauh? ada cabaran tak? tapi apa kena mengena dengan tajuk di atas? shah alam kaya apa??pelik..

jangan pelik..jangan gabra..relexx.. saja aku tanya, sebab aku tak la expert langsung memandu kereta. bawak pun ikut sesuka hati aku je, macam apek tengah mabuk. tu yang aku boleh katakan. betapa teruk nya kan. ini first time abah aku kasi bawak tanpa dia disisi tempat duduk sebelah pemandu. huh.. macam tak percaya juga, tapi sampai bila aku nak harapkan abah aku je yang hantar aku ke sana ke sini. dia pun da beri kepercayaan dekat aku. aku buat-buat la berani sikit. tak kan nak simpan lesen tuh dalam purse je kan. sampai bila -bila pun aku tak bawak kereta tu nanti.

berketar-ketar lutut aku, bila kereta tu da masuk gear. alamaaakkk..ceh macam baru nak belajar pandu kereta je..hehe oke bismilahirrahmanirrahim., jalan da..cuba jugak bawak pusing-pusing shah alam ni walaupun kaki ni da tiba-tiba jadi macam orang sakit pakinson. haha tak tau kenapa nervous sangat ni.

aku memang bangga jadi penduduk shah alam ni, memang sukaaa sangat, shah alam kan kaya! kaya dengan roundabout. saja buat aku tersangkut dekat situ. aku ni macam tikus nak menempuh gajah, rasa diri kecil sangat. dalam hati berkata "boleh ke aku lepas setiap liku-liku roundabout ni." erm tiba-tiba "cool fitrah,cool cool... jangan panik! kawan aku teriak. tapi kenapa? aku nak bersalin ke?? haha tak la kereta ni termati pulak dekat situ. aiyoo.. baby suda cuak ni, apa mau buat....releks start enjin, buat macam biasa je. kahkah. tak malu pun, tapi aku takut orang belakang marah tu je. thanks juga kepada pemandu-pemandu yang pernah duduk di belakang kereta ku. anda memang baik hati, sedikit pun anda tidak pernah menghon kan kepada kereta comelku ini.

aku memang pemandu yang sedikit berhemah tapi banyak huru hara. aku salute dekat diri aku. haha susah hati siapa yang pernah naik dengan aku. boleh kena heart attack secara mengejut uh kalau naik dengan aku. hihi maap-maap. tapi aku dapat jugak pengalaman bawak kereta. kalau dulu tu nak park kereta dalam rumah pun punya lah susah bagi aku kalau tak percaya cuba tanya tong sampah dekat luar rumah aku tu,, nama die pak tam. pak tam ni saksi aku sebab aku selalu langgar die time nak parking kereta masuk dalam. haha. tapi sekarang alhamdulillah. aku belajar sikit-sikit. tak salah kan..so tak de la orang cakap yang lesen tu cuma sekadar lesen je. bawaknye tak reti kan.oke itu saja la kot nk cecite pengalaman. tak de apa pun.

p/s : jujur tak berani bawak awak! saya tak nak mencederakan orang yang tersayang. biarlah saya saja yang menanggung apa-apa yang berlaku . janji bukan awak yang terkena.ok yang tengah drive tu hati-hati dijalan raya. ikhlas dariku fitrah jamil. :) peace
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

hari ibu

assalamualaikum. sempena hari ibu bulan ini, aku nak share lah cerita ni sebagai pengajaran buat kita supaya lebih menyayangi ibu kita. mungkin cerita ini sudah ramai yang tahu. tapi adakah mereka sedar?  jop baca cerita sedih ini untuk tatapan pagi ini.

Mana Mak?'
 
Jam 6.30 petang.
 
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
 
Ayah baru balik dari sawah.
 
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
 
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
 
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
 
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
 
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
 
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
 
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
 
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
 
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 
Dua puluh tahun kemudian
 
Jam 6.30 petang
 
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
 
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
 
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
 
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
 
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
 
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
 
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
 
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
 
Ateh menjawab, “Entah.”
 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
 
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
 
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
 
 
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
 
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
 
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
 
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
 
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
 
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
 
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
 
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
 
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
 
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
 
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
 
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
 
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
 
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
 
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
 
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
 
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
 
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
 
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
 
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
 
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 
Beberapa tahun kemudian
 
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
 
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
 
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
 
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
 
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
 
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
 
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
 
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
 
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
 
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
 
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
 
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
 
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

WORDLESS > Profile Facebook TimeLine





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 08, 2012

Selamat Hari Ibu


~SELAMAT HARI IBU~
KEPADA SEMUA IBU-IBU
 DI SELURUH DUNIA.

my beloved mother 

to my mom, puan zarmah binti abd rahman, i really love you . i always pray of you to good healthy, have a strong faith, and hope mom will live longer. insyaallah. and one more things hope our happiness never ending. mom, you're the best in the world. i love you more than, you know. You have my total respect. If I had my choice of mothers, You'd be the one I'd select! thanks mom for everything. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, May 06, 2012

umpat

kenapa orang yang mengumpat perlu dihargai?

~bila kita kena umpat, itu maknanya orang tu ingat kita

~orang yang mengumpat sebenarnya orang yang "baik", sebab dia nak "transfer" pahala die dekat kita. susah-susah aje

~orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan kita

~kita diumpat kerana orang tu tak mampu nak jadi macam kita, jadi secara realitinya si pengumpat telah mengakui kehebatan kita.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

quotes

~a strong woman is one who is able to smile this morning like she wasn't crying last night.

~forget what hurt you but never forget what it taught you.

~you will never know the true value until it becomes a memory.

~apologizing does not always mean you're wrong and the other person is right. it just means that you value your relationship more than your ego.

~the best makeup is your smile. there is no beauty like the one it comes from inside of you.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ingat Die Lagi


like kiddo! haha tapi best taw cerita ni. dulu aku selalu tengok masa budak-budak la! repeat again masa budak-budak oke. time tu childish lagi, memang suka la tengok. rancangan ni pun memang khas untuk bebudak kan. sebab aku minat sangat sampai aku ingat nama makhluk-makhluk teletubbies ni. merah- po, kuning- laa- laa, hijau- dipsy, and the last one ungu- tinky winky. cute-cute jew teletubbies ni. geram aku tengok. yang aku ingat si po tu suke main skuter die, laa-laa pulak hobi die main bola cuma yang 2 lagi dipsy dengan tinky winky jew da lupa.:D

 haha suka teletubbies, tak suka kbai..
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥