cahaya fitrah cahaya fitrah: HOLIDAY TIME

Wednesday, April 11, 2012

HOLIDAY TIME

assalamualaikum semua. cuti baru-baru ini aku telah banyak luangkan masa bersama yang tersayang. kami bercuti di teluk chempedak, pahang. awesome yang boleh ku katakan.pantainya sungguh bersih. tidak percaya, meh kita tengok koleksi gambar-gambar ini..


awesome right?? nampak batu yang besar di hujung itu, itulah tempat kami bersantai waktu petang, amat tenang sekali apabila melihat keindahan alam yang terbentang luas ini. air lautnya kebiru-biruan. sungguh cantik. sampai tidak berkelip-kelip mataku melihat pantainya. alhamdullilah aku masih bernafas sehingga hari ini dan dapat melihat kebesaran Allah. 

opss yang ini apa pulak,, hehe inilah buah <3 saya..


segala kesedihan kegembiraan kami kongsi bersama.
sempena ulangtahun hari jadi saya,inilah hadiah yang terbesar bagi saya dan amat bermakna kerana dapat bercuti bersama si dia. kami berharap jodoh kami dikuatkan oleh Nya. amin. 

malahan aku juga telah diberi gelang yang cantik didalam suasana yang romantik. walaupun dia tidak tahu isi hatiku waktu itu, tetapi itulah yang sangat bahagia sekali, bulan yang menerangi laut, deruan angin sepoi-sepoi bahasa, ombak yang sungguh kuat serta alunan muzik yang romantik kau hidangkan ditelingaku, sungguh romantik sayang.

allaaa,, rasa tidak mahu untuk meninggalkan tempat itu, terlalu banyak kenangan kami di sana. aku berharap di masa akan datang kami boleh singgah lagi tetapi dengan keluarga tercinta pula. tidak lupa untuk kawan-kawanku aku sudah bawa buah tangan untukmu. jumpa di sana yer. bye assalamualaikum <3




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥