cahaya fitrah cahaya fitrah: CERITA ZAMAN KANAK-KANAK YANG TAK RELEVAN.

Tuesday, April 24, 2012

CERITA ZAMAN KANAK-KANAK YANG TAK RELEVAN.

assalamualaikum dan selamat petang, jom makan goreng pisang. hihi teringat pulak dulu- dulu suka makan goreng pisang time macam ni. saje je nak imbas zaman tok kaduk. eah tok kaduk, sekarang zaman apa pulak kn? pelik-pelik je.

sambil duduk-duduk petang cam ni boleh pulak berimaginasi luar biasa. tak de la luar biasa sangat, haha merapu je tu. pernah tak masa korang kecik-kecik dulu, mak ayah, atuk nenek, bagitahu.. 'keluar malam-malam, ada hantu dekat luar tu. tak pun, yang ni.. 'jangan duduk atas bantal, nanti bisol. haha yang ni lagi famous jangan menyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua. bagi yang masih anak dara la kalau yang sudah kahwin tu nampak beno nipunye. hihi. ada jugak yang cakap 'jangan tunjuk pelangi nanti jari kudung. macam-macam lah kan.

tapi kenapa mesti nye ada cerita sedemikian untuk kanak-kanak.. ni mesti kes nak gerun kan kite orang yang masih budak-budak ni. hak. teringat lagi masa kecik dulu ketika nak potong kuku pada waktu malam.. ni la orang tua saya akan cakap 'jangan potong kuku malam-malam nanti pontianak datang hisap darah' memang tak la kan nak potong kuku lagi, saya terus campak sepit kuku tu jauh-jauh dan duduk diam-diam. penakut giler la masa tu. hihi.

logik ke semua tu, motif mereka cakap macam tu kenapa. bila difikir-fikirkan balik ada betul nye jugak bukan apa just untuk mendisiplinkan kita. contohnya, kalau duduk atas bantal nanti bisol, iyalah bantal kan digunakan untuk tidur,letaknya di kepala bukan di bontot,. haa lagi satu kalau anak dara masak sambil nyanyi, nanti takut lauk yang dimasak tu hangus kalau dah dok leka dengan nyanyi je kan. tu la motifnya dan semuanya relavan.

kalau rasa nak share pengalaman kecik-kecik dulu jop lah. =)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 budak comel:

 
Copyright © . All Right Reserved by fitrahjamil♥